Sabtu, 26 November 2016

Pakaian Dimusim Dingin Trendy dan Fashionable

PAKAIAN YANG SESUAI KETIKA MELANCONG DI MUSIM SEJUK


Musim sejuk (WINTER) merupakan salah satu musim yang menjadi kegemaran pelancong khususnya yang datang dari negara yang bercuaca panas. Musim sejuk di Korea kebiasaannya bermula pada awal December setiap tahun dan berakhir pada bulan Februari tahun berikutnya. Bagi menikmati keindahan musim sejuk, pelancong disarankan untuk menyediakan pakaian yang sesuai dipakai pada musim dingin ini. Ini adalah bagi mengelakkan pelancong dari jatuh sakit ketika di dalam tempoh percutian. Alangkah ruginya percutian yang dinantikan untuk jangka masa yang lama berakhir dengan anda hanya berkurung di dalam hotel atau guesthouse sahaja.

Oleh itu, adalah penting bagi setiap pelancong untuk mengetahui dan mengenali jenis-jenis pakaian yang sesuai digayakan pada musim sejuk. Ramai yang berpendapat bahawa kita tidak dapat bergaya atau berfesyen pada musim sejuk. Salah. Musim sejuk sama sekali tidak pernah menghalang anda untuk tidak bergaya. Tetapi, penting untuk kita memakai pakaian yang mampu memanaskan dan mengekalkan suhu badan kita. Usah dipersoal sekiranya kita melihat sebahagian dari penduduk tempatan di negara yang ingin kita kunjungi memakai pakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka, ini adalah kerana mereka mengambil minuman berakohol untuk memanaskan badan mereka. Maka tidak hairanlah mengapa mereka mampu berpakaian sebegitu ketika musim sejuk. Tetapi bagi kita yang tidak boleh menyentuh minuman tersebut, jenis pakaian yang betul dan sesuai sahaja yang mampu memanaskan badan kita dari kesejukan.
Jenis pakaian untuk dibawa melancong ketika winter :

1. Woolen Sweater (Baju Panas Berbulu)


Sedikit info mengenai Wool, ianya merupakan bulu yang lembut dan beralun yang datang daripada haiwan seperti kambing biri-biri.
Wool atau bulu semula jadi adalah lebih baik dari yang berjenis acrylic. Wool dan acrylic adalah dua jenis benang yang berbeza.

Acrylic adalah benang sintetik yang boleh didapati dengan harga yang murah. Oleh itu, barangan yang diperbuat daripada acrylic tentunya dijual dengan harga yang murah. Kebaikan acrylic adalah ianya senang dijaga dan tidak gatal sekiranya terkena pada kulit. Selain itu, pakaian yang diperbuat daripada acrylic adalah lebih ringan daripada yang diperbuat daripada wool dimana ianya sesuai dipakai oleh kanak-kanak kerana ianya lebih selesa.

2. Scarf, Gloves & Stockin (Skaf, Sarung Tangan dan Stokin) Glove


Jika anda masuk ke kedai yang menjual pakaian musim sejuk, pastinya akan ada satu bahagian yang mempamerkan pelbagai jenis sarung tangan yang berlainan material. Untuk kelihatan nampak bergaya, bolehlah memilih sarung tangan yang berjenis kulit(leather). Tetapi, sesetengah orang berpendapat sarung tangan kulit tidak terlalu memberi kehangatan. Selain itu, kebiasaanya sarung tangan tidak mempunyai saiz kecuali yang membezakannya adalah untuk yang berlainan jantina atau kanak-kanak. Ianya juga tidak memeri(stretchable) dan tentunya tidak memberi keselesaan bagi pemakai yang mempunyai tangan bersaiz lebar.

Ramai berpendapat sarung tangan yang diperbuat daripada wool adalah lebih selesa. Tetapi ianya mudah basah sekiranya terkena air atau salji. Selain kulit dan wool, terdapat juga sarung tangan yang diperbuat daripada PVC dan acrylic. Pastinya boleh didapati dengan harga yang lebih murah.  Tetapi kekurangan sarung tangan yang diperbuat daripada kedua-dua bahan ini tidak memberi kehangatan yang secukupnya dan membuatkan tangan berpeluh sejuk.

3. Skaf / Mafla

Seterusnya ialah berkenaan skaf. Skaf digunakan untuk membalut bahagian leher bagi mengekalkan suhu badan. Skaf yang diperbuat daripada wool adalah lebih baik berbanding yang lain. Tetapi andai kata anda memiliki Pashmina shawl, mengapa perlu membazir? Ianya turut boleh digunakan untuk membalut bahagian leher dengan bermacam-macam gaya kerana saiznya yang lebih panjang. Selain itu, ada ketikanya kita akan merasa sukar untuk bernafas ketika berada didalam keadaan yang sejuk. Anda boleh tarik skaf yang telah dibalut dileher untuk menutup hidung dan mulut anda. Kemudian bernafas seperti biasa.

4. Stokin


Stokin juga adalah lebih baik dari jenis wool. Anda juga boleh menggunakan stokin jenis biasa, tetapi anda disarankan untuk memakai beberapa lapis disebabkan material yang digunakan untuk stokin biasa tidak dapat memastikan anda untuk kekal panas.


3. HeatTech/ Long John


Thermal wear seperti HeatTech dan longjohn adalah sesuai digunakan ketika suhu mencecah 5 darjah celsius dan ke bawah.

HeatTech merupakan baju lengan panjang  yang nipis, ringan, selesa dan menghangatkan. Baju ini hanya boleh didapati di kedai menjual pakaian sejuk. Tujuan Heattech atau longjohn ini adalah untuk mengekalkan haba dan menambah lapisan pakaian supaya tidak terlalu sejuk ketika berada di luar (outdoor).

Thermal wear ini dipakai sebagai lapisan pertama sebelum memakai baju lapisan kedua dan seterusnya.

4. Jacket / Winter Coat



Pastikan anda memilih fabrik yang betul dan tentunya wool adalah pilihan terbaik serta mampu dimiliki berbanding cashmere yang lebih mahal. Perlu dipastikan ianya diperbuat daripada wool atau dilapisi wool. Lebih elok sekiranya lapisan luar jaket anda diperbuat dari bahan kalis air dan menggunakan wool disebelah dalam.  Disarankan juga agar dapat  memilih jaket yang mempunyai hood dan poket. Ini adalah supaya anda dapat menutup kepala ketika cuaca terlampau sejuk, manakala poket membolehkan anda memasukkan tangan sekiranya sarung tangan tidak berjaya menghangatkan anda.

Adalah lebih baik sekiranya jaket yang dipakai tidak terlalu besar. Seeloknya dipakai fit  dan melekat pada badan supaya dapat mengekalkan kehangatan. Selain itu juga dapat menghalang angin sejuk dari masuk ke dalam baju.

5. Kasut/ Boots

Ketika musim sejuk khususnya di kawasan yang bersalji anda digalakkan memakai boots. Ini kerana boots lebih tinggi daripada kasut biasa. Sekiranya anda pergi ke kawasan yang baru dituruni salji, potensi salji masih tebal adalah tinggi. Boots dapat mengelakkan kaki anda daripada basah sekiranya tenggelam ketika memijak salji. Anda perlu tahu sekiranya salji yang basah terkena kaki anda, seluruh tubuh badan akan mulai sejuk dari dalam.

Selain itu, anda juga boleh memakai kasut sukan seperti Running Shoe ketika musim sejuk. Tapak kasut sukan juga tebal dan tinggi. Sesuai digunakan sekiranya salji tidak terlampau tebal. Jika tidak, salji akan masuk dari bahagian buku lali. Jangan sesekali memakai kasut yang terbuka ketika musim sejuk. Ia amat bahaya untuk diri kita.

6. Topi/ Snow Cap/ Earmuff



Topi dan snow cap elok digunakan ketika berjalan di luar bangunan pada musim sejuk. Tubuh badan kita akan kehilangan haba dari mana-mana badan kita yang terdedah. Sudah tentu, kepala merupakan bahagian yang sentiasa terdedah kepada kesejukan. Maka, dengan memakai topi atau snow cap dapat mengurangkan tubuh badan kita daripada kehilangan haba secara berterusan.

Earmuff atau alat penutup telinga juga boleh digunakan sekiranya anda sangat mementingkan penjagaan rambut supaya nampak kekal elok dan sempurna untuk setiap gambar anda. Anda boleh menggunakan earmuff sekiranya enggan memakai topi atau snow cap. Menutup telinga juga dapat membantu mengawal suhu badan anda.

Artikel Terkait

Pakaian Dimusim Dingin Trendy dan Fashionable
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email